Bagaimana Korang Boleh Dihack


Sebelum nih aku pernah tulis pasal benda nih tapi bila aku baca balik baru aku terperasan yang banyak benda yang tak lengkap. So hari nih aku akan beritahu korang tentang bagaimana korang boleh dihack....tapi benda nih berdasarkan pengalaman aku ar tapi jangan salah faham pulak....aku hanyalah seorang blogger bukannya hacker...kalau ada yang rasa apa yang aku tulis nih salah tolong betulkan lah yer.....hehehe

1) Jangan Kongsikan Password Korang

Benda nih memang selalunya berlaku. Baru bercinta sikit dah tukar-tukar password, kononnya nak buktikan yang kedua-duanya setia dan  tak curang. Bila bergaduh dah mula bising..kena hack sana, kena hack sini padahal memang salah sendiri. Tak kiralah sedalam mana pun cinta korang janganlah sampai benda macam tuh pun nak kongsi jugak. Anggap benda tuh sebagai privacy.

2) "Security Question" Yang Lemah

Aku dah banyak kali cuba kaedah nih. Antara "Security Question" yang aku selalu dapat ialah kat mana korang selalu honeymoon. Jawapan pun dah boleh agak, dekat Paris, Itali dan negara-negara yang sewaktunya dengannya. Aku tau ramai yang buat email masa usia kanak-kanak lagi tapi takkan "Security Question" tak tukar lagi. Memang bahaya benda nih. Mungkin aku tak patut ceritakan tapi memang kenyataan.

3) Penggunaan Keylogger

Keylogger nih boleh dikatakan satu benda yang menyimpan segala akitviti yang korang lakukan di komputer korang tak kiralah laman web apa yang korang layari, apa yang korang taip, semuanya akan direkod oleh keylogger (dalam bahasa aku lah yer). Mungkin ada antara korang yang mempunyai tabiat suka meminjam komputer member-member korang tapi kemungkinan besar risiko korang untuk dihack adalah amat besar. Kenapa aku cakap macam tuh, sebab aku sendiri simpan keylogger dalam laptop aku dan banyak jugak password yang aku dapat. Jadi aku nasihatkan korang supaya gunakan komputer sendiri sebab benda tuh dijamin selamat. Tapi kalau orang suka pinjam komputer kita pun masalah jugak sebab kemungkinan peluang untuk dia simpan keylogger di dalam komputer korang  adalah besar. jadi cubalah jadi kedekut sikit...hahaha

4) Phishing

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai phishing, sila layari Wikipidea. Aku nak terangkan pun  tak tahu sebab aku bukan pandai sangat bab-bab nih. Cara phishing nih macam korang buat satu laman web yang sama dengan laman web asal untuk mendapatkan password orang yang korang nak hack. Contohnya macam aku nak hack facebook member aku. So apa yang aku akan buat ialah aku cuma perlu buat laman web yang sama ( save web page) dan tukarkan sedikit kod dia. Lepas tuh aku sendkan link phishing nih kepada orang yang aku nak hack. Benda nih memerlukan kemahiran yang dipanggil social engineering sebab bukan mudah nak menipu orang terutamanya bagi mereka yang cukup peka dalam bab-bab nih. Biasanya url laman web phishing nih berbeza dengan laman web yang asal walaupun nampak hampir sama. Jadi pandai-pandailah korang perhatikan url tuh yer....

5) Sniffing

Benda nih aku pernah nak cuba tapi oleh sebab macam susah jer so aku malas nak cuba. Nie pun aku tak tahu nak ceritakan macam mana. Senang cerita aku bagi korang link korang baca yer....http://lifehacker.com/5853483/a-guide-to-sniffing-out-passwords-and-cookies-and-how-to-protect-yourself-against-it

6) Social Engineering

Apa itu social engineering? dah baca...kaedah nih aku dah banyak kali buat untuk lepas "security question". Tapi selalunya soalan pertama je ar yang aku lepas, yang kedua tuh hampeh....kalau  ada yang berjaya tuh memang seronok betullah...hahaha.

Ok itu jer yang aku nak kongsi...tapi ingat apa yang aku tulis nih berdasarkan pandangan aku jer dan kalau korang rasa aku salah sila beritahu ok.....XD

Bila Bercakap Tentang Samsung Corby 2




Gambar>>> Kredit to Samsung

                    Sejak mula pakai Samsung Corby 2 nie memang aku jadi gila... mana tak gila bila bukan main ramai pakai handphone yang sama dengan aku. Dekat mana-mana aku pergi mesti aku akan jumpa sorang dua yang  pakai handphone nih....Dalam tren, Mall sampai member kolej aku pun pakai...warna pun sama jer...hitam kuning..ARGGGHHHHH!!!!!!!!!





                      Tapi nak marah dorang pun tak guna jugak sebab diaorang beli pakai duit sendiri bukan duit aku....hahaha. Mari aku cerita kan apa yang best pasal Samsung Corby nih dari segi pengguna yang tak expert sangat dalam benda-benda berkaitan teknologi nih...hahaha


1) Handphone nih fully touch screen


2) Ada wireless, bluetooth, aplikasi untuk Facebook, Twitter, You Tube, Instant Messaging dan banyak lagi...


3) Kamera 2 MP, banyak lagi fungsi dia yang tak sempat nak selongkar sebab aku tak minat  tangkap gambar kecuali gambar kucing..hahaha


4) Handphone nih boleh view korang punya fail yang di dalam bentuk Microsoft Word atau Adobe..(aku tak tau nak terangkan macam mana sebab aku tak pakar sangat bab nih).


5) Aku suka guna " Fake Call" dia....memang best. Korang boleh cuba untuk kenakan member-member korang...hehehe


6) Setahu aku dia ada dalam tiga warna iaitu kuning, pink dan putih. Tapi aku suka warna kuning nih sebab dia macam Bumblebee dalam cerita Transformer...Autobot transform...hahaha


7) Harga dalam RM 299, murah giler ar aku cakap. Bukan  senang dapat nak dapat handphone touch screen dengan harga serendah nih betul tak?? 




                   Ini cuma pandangan dari aku jer...mungkin pandangan orang lain berbeza. Lagi pun aku nih bukan pandai sangat dalam benda-benda nih sebab aku hanya suka blogging. nanti kalau korang dah beli tunjuk kat aku lah yer...sharing is caring!!! nak tahu lebih lanjut klik sini yer....hehehe







Rekod Audio & Download Video Dengan Freecorder




Lama betul aku tak updated...test dengan assignment berlambak punyer pasal....nasib baik dah habis, tinggal nak final exam jer....hahaha. Ok! tak payah panjang- panjang mengarut. hari nih aku akan perkenalkan korang dengan Freecorder. Thanks kat member aku Fauzi sebab bagitau aku pasal benda nih. Software 100% percuma nih membolehkan korang merakam apa sahaja MP3 audio di internet...download video dari You Tubes, Facebook dan juga dari laman web yang lain. Hebat bukan!!! di sini aku sertakan video You Tubes tentang cara penggunanya...









Korang boleh download Freecorder di sini melalui link di bawah...XD