Tukar Windows Korang Pada Mac OS X Mountain Lion

        Semalam aku jadi gila sekejap..saje nak cari theme yang bagus untuk netbook aku nih. tengah best sekodeng theme kat internet aku terjumpa Mac OS X Mountain Lion skin pack nih...aku ushar macam best jer jadi aku download ar. Nih ar print screen aku lepas install skin pack nih....(>..<)zZZ








         korang boleh download skin pack nih dekat link nih 


          Sekiranya korang rasa skin pack nih macam tak best, korang hanya perlu unistall jer benda nih. Tapi ingat sebelum korang install sila backup dulu Windows korang sebagai langkah keselamatan. chow dulu....hahaha

Samsung Corby 2 Versi Android??

        Oleh sebab ada orang complaint pasal bahasa aku agak kasar jadi aku ubah balik cara penulisan aku. Aku tak garang pun...saje tunjuk tegas sebab selalunya ramai pembaca salah faham bila berkaitan dengan benda nih...hehehe. Untuk pengetahuan korang yang Samsung Corby nih tak boleh support Android. Tapi kita boleh ubah sikit bagi nampak macam Android....di bawah ni adalah print screen untuk phone aku....



Benda nih senang jer nak buat sebenarnya, meh sini aku ajar....

1) Android Mod

Pergi ke http://www.corbylove.net/2012/08/corby-2-ui-android-mod-by-ginoong.html#.ULIpMuRQHmY  dan follow tutorial yang diberikan.  Pastikan korang keluarkan kad memori dan kad sim sebagai langkah berjaga-jaga. Sebarang kerosakan bukan tanggungjawab aku dan website tuh yer. 

2) Download Theme Android 
http://www.corby2downloads.com/2012/06/samsung-corby-2-theme-black-android-by.html

3) Download Widget

a) Google Search
 http://www.corby2downloads.com/2011/11/samsung-corby-2-widget-android-google.html  

b) Shortcut Widget 
http://www.corby2downloads.com/2011/11/samsung-corby-2-widget-android.html


        Terdapat juga Mod Android lain tapi setakat yang aku jumpa cuma nih jer yang aku rasa best dan berfungsi tanpa sebarang masalah. Kalau korang tak faham jangan segan jangan silu...terus tanya kat aku yer.....jangan bila dah rosak baru tanya....memang aku tak layan...(>..<)zZZ

Windows 8 Dalam Netbook


Mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada Windows 8 boleh digunakan dalam netbook atau tidak. Pada mulanya aku pun sukar mempercayai tentang benda nih sehinggalah aku jumpa di internet tentang beberapa pengguna yang telah menggunakan Windows 8 nih pada netbook diaorang. Tanpa membuang masa aku pun menjalankan ujikaji aku pada netbook HP kesayangan aku nih. Nak cuba punya pasal......hahahaha. Setelah sehari suntuk aku download WIndows 8 (versi pirate...nak beli tak mampu) dan bermacam-macam rintangan yang aku hadapi untuk install benda nih akhirnya aku berjaya juga....hehehe. Di bawah nih adalah contoh print screen aku....(>..<)zZZ






DI bawah ni adalah maklumat tentang sistem netbook HP  aku......



Okey kebanyakan aplikasi dalam Windows 8 nih menggunakan skrin 1024 × 768 dan ke atas tapi netbook hanya mempunyai skrin 1024 x 600. Jadi apa yang korang perlu hanya perlu follow jer tutorial yang aku dah buat sebelum nih. Tutorial nih untuk Windows 7 tapi boleh digunakan untuk Windows 8. Lagi satu kalau nak laju lagi upgradelah RAM korang tuh yer....hehehe


Oklah itu sahaja untuk kali ni. Sebarang pertanyaan boleh tanya kat aku yer tapi jangan tanya yang advance pulak sebab aku hanyalah seorang blogger bukan hacker....(>..<)zZZ

Tutorial Buat Fake Call Untuk Samsung Corby 2

        Oleh sebab ramai yang nak tahu macam mana nak buat  fake call untuk Samsung Corby 2. Jadi hari nih aku akan ajar korang yer, kalau korang belajar sebab nak lari dari bos, lari dari awek...buat-buat ada awek, lantak korang ar janji korang bahagia....(>..<)zZZ 1) Pilih setting



2) Pilih Applications


3) Pilih Call



4) Pilih Fake Call


5) Isikan semua maklumat yang korang nak kemudian klik saves





5) Bila nak aktifkan korang hanya perlu tekan butang 'volume down'. maknaya korang boleh aktifkan benda nih walaupun handphone korang dalam poket. Takde ar kantoi....hehehehe. Bawah nie adalah contoh bila fake call nih diaktifkan.






Windows 7 Black Screen

     Mungkin ramai yang mengalami masalah 'black screen' nih. Bukak jer PC tiba-tiba skrin jadi gelap, yang ada cuma tinggal cursor....tension gila aku cakap. Mula-mula terkena benda nih aku ingatkan nak kena format lnetbook aku tapi boleh dikatakan kerja gila sebab banyak benda aku simpan dalam tuh. Lalu aku pun mencari alternatif lain di internet. Tanya jer Uncle Google....macam-macam jawapan dia bagi...hahahaha

          Ada banyak cara yang boleh korang gunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi aku lebih suka menggunakan kaedah Windows 7 System Recovery. Cara nie bagi aku amat mudah berbanding kaedah lain. 

1) Restart komputer korang. 

2) Klik startup repair....korang akan jumpa System Recovery Option.



sumber gambar:- Google Image

3) Klik System Restore. Korang akan nampak gambar macam di bawah ni. Klik next.


4) Pilih restore point korang sendiri. Sebaik-baiknya pilih masa dan tarikh yang paling baru. Klik next.


5) Klik finish. Biarkan sehingga komputer korang restart sendiri. 


Macam biasa kalau aku ada masalah boleh terus tanya pada aku. InsyaAllah aku akan cuba tolong sedaya yang mampu. Nak tahu cara lain pulak?? pandai-pandailah google yer..(>..<)zZZ

Keypad Qwerty Untuk Samsung Corby 2

          Assalamualaikum dan  Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi melawat blog aku yang tak berapa nak best nih. Walaupun aku rasa terlambat tapi aku nak jugak ucapkan........   

Selamat Hari Raya

           Berbalik pada tajuk posting aku hari nih, sebenarnya ada seorang pembaca blog aku nih hantar mesej kat inbox FB aku macam mana nak buat keypad Qwerty untuk Samsung Corby 2. Aku terfikir boleh ke....sebelum nih ada jugak ushar kat handphone member aku tapi masa tuh buat bodoh jer. Oleh sebab dah orang tanya so aku google ar. Dapat jawapan terus aku balas mesej dia siap bagi link lagi. Bila aku try nak buat kat handphone aku satu hapak tak jadi. Dengan link rosak ar....hahaha. Tapi nasib baik aku jumpa website nih...Ini lah keypad Qwerty setelah aku update Firmware. 



Ingat Follow tutorial betul-betul. Kalau korang tak faham tanya aku dulu, mana yang aku boleh tolong aku akan tolong, jangan biler korang tak tahu korang main bedal gak kang jahanam Handphone korang. Benda nih atas tanggungjawab korang sendiri ok, aku dh cuba dan ianya berjaya.


Klik link di bawah ni yer.....(>..<)zZZ


NetCut Dan NetCut Defender

         Antara semua software yang aku guna, inilah satu software yang aku paling takut nak kongsikan dengan korang sebab bagi aku software nih boleh mendatangkan masalah kalau disalahgunakan. Tapi bila ada kawan aku tanya macam mana nak elakkan wifi dia daripada kena hack jadi aku aku rasa baik aku beritahu.


          Mungkin ada antara korang yang duduk dekat asrama....line internet pun kongsi ramai-ramai dan kemungkinan kelajuan internet pun bertambah lembab atau lagi best takde line langsung. Tapi pernah tak korang terfikir yang kemungkinan korang tak dapat akses internet sebab line korang "kena cut" oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Maknanya software nih mempunyai fungsi untuk "cut' line mana-mana komputer yang menggunakan line yang sama. Faham tak?? tak faham nanti tanya ok.
          Sekarang nih nak cerita macam mana nak lindungi wifi korang daripada diguna pakai oleh orang lain. Mesti tensionkan bila internet yang kita bayar pakai duit sendiri, tiba-tiba ada orang hack dan pakai free jer.....macam nak baling helmet jer aku rasa....hahaha. So aku akan cerita macam mana korang nak "cut" line diaorang yang selamber dek curi line korang nih.


2) Bila habis download korang install software nih

3) Buka NetCut dan korang akan nampak senarai pengguna yang menggunakan line internet korang.

4) Korang cuba perhatikan jika terdapat IP atau Physical Address yang bagi korang agak mencurigakan.Jangan pulak korang pergi "cut" GateWay IP lak...kang korang pulak yang tak dapat line internet.

5) Jadi bila korang dah jumpa IP atau Physical Address yang korang nak "cut", korang hanya perlu klik pada nama senarai tersebut dan klik "cut off (ready)".

6) Kalau rasa kesian kat dia korang boleh sambung balik line tuh dengan klik pada "Resume"

          Senang jer cara aku ajar korang. Tapi macam mana pulak kalau korang pulak yang kena "cut". Dahlah pakai line internet kongsi ramai-ramai lepas tuh kena "cut" lak. Oleh itu aku sarankan korang download NetCut Defender sekali.....kiranya korang dapat melindungi diri korang daipada NetCut. Software Netcut Defender nih juga akan memberikan maklumat tentang orang yang cuba "cut'" line korang.