Netbook 1 Malaysia- Apa Cerita??


                   

                   Beberapa bulan lepas adik aku dapat bantuan Netbook 1Malaysia. Orang nak bagi free amik je ar...bukan senang orang nak bagi free...jenama Lenovo lak tuh. Bak kata pepatah indah khabar dari rupa, tak sampai sebulan lebih netbook adik aku dah barai...boleh kata dah jahanam. Pelik betul aku, macam mana boleh rosak. Sebelum nih pun aku memang dah banyak kali dengar orang cakap yang netbook 1 Malaysia nih cepat rosak tapi aku tak sangka pulak yang adik aku pun terkena.....tension betul aku.





                 
                    Aku tanya adik aku apa yang rosak, dia cakap netbook dia turn off sendiri banyak kali. Aku nih bukannya pakar sangat bab repair komputer nih, kalau cerita pasal software aku bolehlah walaupun aku tak expert sangat....hahaha. Aku call member aku, dia cakap kemungkinan RAM rosak. Aku dah tepuk dahi...macam-macam hal ar....ayah aku dah cuba hantar kedai tapi orang kedai tuh pulangkan balik sebab dia kata barang kat dalam semua dah rosak. Gila betul ar netbook adik aku. Ayah aku saja tanya harga netbook nih kalau tolak...RM 30 jer dapat...kelakar betul aku dengar....hahaha

                     Tapi yang paling best dan pelik bin ajaibnya ialah bukan netbook adik aku sorang jer yang rosak. Member-member dia punya pun rosak juga. Wahhhh....aku rasa netbook yang percuma nih ada tarikh lupt gak ar...cukup bulan dia jahanam. Patut ar bagi free..hehehehe. Ada jugak orang cakap... benda macam tuh pun nak bising, orang dah bagi kira baik lah ar tuh...tak tau bersyukur. Baiklah, aku dah tak nak bising-bising sebab aku taknak dilabelkan sebagai orang yang tka bersyukur. Tapi satu jer kemusykilan aku, adakah semua netbook 1 Malaysia macam nih atau aku jer terperasan lebih....XD

Pertama Kali Guna Ubuntu


                       

                       Macam biasa, hari nih aku akan kongsikan sistem operasi (OS)  Ubuntu dengan korang. Dalam banyak-banyak member yang aku tanya hanya segelintir jer yang tahu, yang kelakar diaorang boleh pulak jawab.." amender lak buntu-buntu nih". 


                        Apa itu Ubuntu?? Menurut Wikipedia, Ubuntu ialah satu sistem operasi yang berasaskan Linux...senang cerita Ubuntu nih macam Microsoft Windows. Perkataan Ubuntu diambil daripada falsafah Afrika Selatan yang bermaksud " kemanusiaan terhadap orang lain". Untuk maklumat lanjut sila klik>> Sumber


                            

 APA YANG BEST TENTANG UBUNTU

1)  Korang boleh download dan menggunakan sistem operasi Ubuntu secara percuma berbanding Microsoft Windows yang mengenakan bayaran kepada para penggunanya. Hebat bukan...... ucapkan terima kasih kepada pengasas projek Ubuntu iaitu Mark Shuttleworth


2)   Ubuntu  menyediakan Ubuntu Software Center di mana terdapat pelbagai jenis software yang dapat memenuhi kehendak penggunanya. Kebanyakan software yang disediakan adalah PERCUMA.

3)  Terdapat beberapa aplikasi di dalam Ubuntu yang hampir sama seperti aplikasi Microsoft Office seperti LibreOffice Writer, LibreOffice Calc dan LibreOffice Impress.



4)  Ubuntu juga dikatakan bebas dari sebarang virus. sumber. Ini bermakna korang tidak perlu lagi sibuk mencari anti-virus untuk melindungi komputer korang. Tapi kalau korang risau juga tentang virus korang boleh dapatkan maklumat tentang anti-virusuntuk linux di sini.

  
            Di sini aku sertakan sekali screenshot netbook aku setelah menggunakan Ubuntu...hehehe








                       






                    





                         Kalau korang berminat nak mencuba....klik link di bawah untuk download.

http://www.ubuntu.com/download

Pastikan korang ikut segala langkah yang diberikan untuk install benda nih. Untuk pengguna Windows, korang boleh gunakan sistem operasi Ubuntu nie bersama-sama  Microsoft Windows dengan menggunakan Wubi.


                       


                        



Software Untuk Hack Wifi

Mungkin ramai yang nak tahu macam mana nak hack wifi. Tak kira ar sama ada wifi tuh jiran korang ke, orang yang kau tak kenal ke janji dapat hack lepas tuh dapat pakai internet percuma tak payah bayar. Bagus betul idea korang nih...kesian tuan punya wifi tuh, penat dia bayar tapi korang pakai selambe jer....hehehe.  

Sebenarnya banyak software yang boleh korang gunakan untuk hack wifi tapi di sini aku hanya akan kongsikan dua software sahaja sebab nih antara software yang berjaya tolong aku hack wifi WEP...WPA aku masih tak berjaya lagi sampai sekarang...(>..<)zZZ

 Backtrack





Backtrack nih adalah sistem operasi sama seperti Windows. Masa aku download dulu saiz dia baru 1 GB lebih tapi sekarang dah 3GB lebih. Okeylah, untuk hack menggunakan Backtrack terdapat beberapa command. Contohnya airmon-ng, airodump-ng dan banyak lagi yang command yang lain. Tapi bagi yang sukar nak pakai command nih korang boleh gunakan Gerix Wifi Cracker yang terdapat dalam Backtrack. Tetapi aku hanya berjaya hack WEP menggunakan Backtrack kerana WPA memerlukan dictionary list. Terdapat satu kaedah yang membolehkan seseorang itu hack WPA tanpa dictionary list dengan menggunakan Reaver tapi bagi aku cara tuh memang lambat. Aku tak sanggup menunggu....hahahaha



Beini



            Software Beini nih yang aku selalu gunakan untuk hack Wifi. Tak payah pakai command macam Backtrack tetapi cuma perlu klik sahaja. Saiz dia pulak taklah terlalu besar, adalah dalam 47.6 MB aku rasa. Selalunya aku gunakan  feeding bottle dan ada juga cara minidwep tapi aku tak dapat buat. Sama juga seperti Bactrak, Beini memerlukan dictionary list untuk hack WPA. Untuk pengetahuan korang link Beini yang aku upload untuk korang nih ada problem sikit sebab dia akan hangs. Aku tak tahu sebab apa macam tuh tapi aku nasihatkan kalau korang kena sama macam aku baik korang cari link yang lain. 



           Untuk segala tutorial aku cadangkan agar korang search google atau You Tube untuk kedua-dua software nih sebab aku dulu pun belajar dari situ jugak. Tapi pastikan bila korang dah hack tuh jangan guna melebih-lebih pulak. Nak lagi bagus korang hack jer tapi jangan guna. Sekadar untuk pelajaran jer tau....(>..<)zZZ



Sembunyikan Alamat IP


Hari minggu nih aku nak kongsikan dengan korang macam mana nak sembunyikan alamat IP  untuk keselamatan korang semasa melayari internet. Terdapat beberapa laman web dan software yang menawarkan perkhidmatan yang boleh menyembunyikan alamat IP korang antaranya ialah:-

1) Untuk korang yang malas menggunakan software korang boleh gunakan laman web  Hide My Ass.






2) Korang juga boleh menggunakan software seperti Super Hide IP dan Tor. Korang juga boleh klik sini untuk banyak lagi






Rotate Video Menggunakan Windows Movie Maker

Lama giler aku tak updated blog nih.....sibuk punya pasal..hahaha. Okay hari nih aku akan ajar korang macam mana nak rotate video korang menggunakan Windows Movie Maker. Aku tahu mesti ramai tak tahu macam mana nak rotate video nih sama macam aku....hehehe. Nie pun aku tahu masa tolong edit video member aku...Jom ushar video yang aku buat nih khas untuk korang...XD



Okay ar itu jer yang aku nak kongsikan dengan korang buat masa nih...aku tengah sibuk sekarang, kalau ada masalah sila komen yer....:D



Mencipta Virus Komputer Sendiri

Hari tuh aku belajar macam mana nak buat virus komputer....bukan virus betul pun, tiruan jer...hehehe. Lama jugak lah aku search google semata-mata nak belajar benda nih. Eksperimen yang dibuat terhadap member pun menunjukkan yang benda nih berjaya 100% sampai ada member aku call cakap PC dia kena virus...seronok betul aku kenakan orang nih..hahaha. Virus tiruan nie boleh siap shutdownkan PC mangsa korang tapi tidaklah sampai merosakkan...maknanya korang boleh bukak PC balik macam biasa.





ini adalah contoh virus tiruan yang korang akan belajar...



apa yang korang perlu buat ialah:-

1) open notepad

2) copy dan paste benda nih dalam notepad


@echo off

echo WARNING
echo virus have been detected
echo virus have been detected
echo virus have been detected
echo virus have been detected
echo virus have been detected
echo windows need to scanning the virus
PAUSE
echo scanning....
echo 20%..
echo 30%....
echo 70%.....
echo 98%...
echo....scan complete
PAUSE
echo scanning failed
echo Antivirus disabled
echo Firewall disabled
echo microsoft component disabled
echo windows corrupt.......
PAUSE
echo windows need to format
Shutdown.exe -s -t 1
cls
msg * PC KO DAH KENA HACK AR BRO...SORI AR...HAHAHAHA!!!! 

Warna biru:- tukar dengan ayat korang sendiri

Warna Merah:- berapa saat yang korang nak untuk PC tersebut  shutdown

3) savekan dalam format 'bat'. Contoh:- Angry Manok.bat


Korang mungkin ingin menghantar virus tiruan ni melalui email tetapi Yahoo dan Google tidak membenarkan korang menghantar file jenis 'bat'. Jadi  apa yang korang perlu buat ialah tukarkan file 'bat' kepada 'exe' dengan menggunakan software Quick Batch File Compiler. Menggunakan file tersbut juga korang boleh tukarkan icon untuk virus tiruan nih untuk mengelirukan mangsa korang. File nie hanya boleh dihantar melalui Yahoo Mail ke Yahoo Mail sahaja...Aku dah cuba pakai Google Mail tapi tak boleh. Jadi gunakanlah dengan sebaiknya yer.




Notis:- Tutorial nie hanya sekadar untuk perkongsian sahaja. Nak kenakan member boleh tapi jangan  melebihi batasan...XD


Tukar Screen Resolution Netbook

Mesti ramai yang pening bila nak tukar screen resolution. Kebanyakan game atau software memerlukan skrin yang berukuran 1024x 768. Nak main CS Online pun susah...nampak sekerat jer sebab netbook HP aku takder  ukuran nih. Nak main game punya pasal aku pun google ar...mana tau dapat cari  dia punya penyelesaian. Lama aku cari baru aku jumpa...meh sini aku ajar.



Step 1:- Klik Start>search regedit 


Step 2:- Open regedit>Klik Edit>Find > taip Display1_DownScalingSupported


Step 3:- Tukarkan value data kepada 1


Step 4:- Bila dah selesai, exit regedit dan restart. Nanti korang akan dapat tengok perubahan pada screen resolution korang 





Sekadar iklan.... :D