NetCut Dan NetCut Defender

         Antara semua software yang aku guna, inilah satu software yang aku paling takut nak kongsikan dengan korang sebab bagi aku software nih boleh mendatangkan masalah kalau disalahgunakan. Tapi bila ada kawan aku tanya macam mana nak elakkan wifi dia daripada kena hack jadi aku aku rasa baik aku beritahu.


          Mungkin ada antara korang yang duduk dekat asrama....line internet pun kongsi ramai-ramai dan kemungkinan kelajuan internet pun bertambah lembab atau lagi best takde line langsung. Tapi pernah tak korang terfikir yang kemungkinan korang tak dapat akses internet sebab line korang "kena cut" oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Maknanya software nih mempunyai fungsi untuk "cut' line mana-mana komputer yang menggunakan line yang sama. Faham tak?? tak faham nanti tanya ok.
          Sekarang nih nak cerita macam mana nak lindungi wifi korang daripada diguna pakai oleh orang lain. Mesti tensionkan bila internet yang kita bayar pakai duit sendiri, tiba-tiba ada orang hack dan pakai free jer.....macam nak baling helmet jer aku rasa....hahaha. So aku akan cerita macam mana korang nak "cut" line diaorang yang selamber dek curi line korang nih.


2) Bila habis download korang install software nih

3) Buka NetCut dan korang akan nampak senarai pengguna yang menggunakan line internet korang.

4) Korang cuba perhatikan jika terdapat IP atau Physical Address yang bagi korang agak mencurigakan.Jangan pulak korang pergi "cut" GateWay IP lak...kang korang pulak yang tak dapat line internet.

5) Jadi bila korang dah jumpa IP atau Physical Address yang korang nak "cut", korang hanya perlu klik pada nama senarai tersebut dan klik "cut off (ready)".

6) Kalau rasa kesian kat dia korang boleh sambung balik line tuh dengan klik pada "Resume"

          Senang jer cara aku ajar korang. Tapi macam mana pulak kalau korang pulak yang kena "cut". Dahlah pakai line internet kongsi ramai-ramai lepas tuh kena "cut" lak. Oleh itu aku sarankan korang download NetCut Defender sekali.....kiranya korang dapat melindungi diri korang daipada NetCut. Software Netcut Defender nih juga akan memberikan maklumat tentang orang yang cuba "cut'" line korang. 


2 comments:

  1. bro tolong jangan promote netcut ni sebab time ko nak uninstall dia payah...nak kena edit regedit aq pon dah kena dan ada orang komen kat cnet yang antivirus dia detect trojan kat netcut nih...ni link cnet http://download.cnet.com/Netcut/3000-2651_4-30221.html

    ReplyDelete
  2. Utk pgtahuan en. Amri aku x pnah ad problem dgn netcut. Setiap software yg aku kongsikan dgn korang semuanya telah dicuba untuk pastikan ianya selamat digunakan..ad sesetengah antivirus akan anggap benda nih virus tp pcayalah aku dh test..(>..<)zZZ

    ReplyDelete