Windows 7 Black Screen

     Mungkin ramai yang mengalami masalah 'black screen' nih. Bukak jer PC tiba-tiba skrin jadi gelap, yang ada cuma tinggal cursor....tension gila aku cakap. Mula-mula terkena benda nih aku ingatkan nak kena format lnetbook aku tapi boleh dikatakan kerja gila sebab banyak benda aku simpan dalam tuh. Lalu aku pun mencari alternatif lain di internet. Tanya jer Uncle Google....macam-macam jawapan dia bagi...hahahaha

          Ada banyak cara yang boleh korang gunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi aku lebih suka menggunakan kaedah Windows 7 System Recovery. Cara nie bagi aku amat mudah berbanding kaedah lain. 

1) Restart komputer korang. 

2) Klik startup repair....korang akan jumpa System Recovery Option.



sumber gambar:- Google Image

3) Klik System Restore. Korang akan nampak gambar macam di bawah ni. Klik next.


4) Pilih restore point korang sendiri. Sebaik-baiknya pilih masa dan tarikh yang paling baru. Klik next.


5) Klik finish. Biarkan sehingga komputer korang restart sendiri. 


Macam biasa kalau aku ada masalah boleh terus tanya pada aku. InsyaAllah aku akan cuba tolong sedaya yang mampu. Nak tahu cara lain pulak?? pandai-pandailah google yer..(>..<)zZZ

0 Pelawat Ingin Komen:

Post a Comment